PYONGYANG: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah pantai timur pada Rabu, beberapa hari selepas Pyongyang mendedahkan kemudahan pengayaan uranium dan berjanji memperkukuh senjata nuklearnya. Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, peluru berpandu tersebut dilancarkan dari Kaechon di Pyongyang, sekitar 6.50 pagi (waktu tempatan) ke arah timur laut dan diterbangkan kira-kira 400 kilometer. Bagaimanapun, JCS tidak menyatakan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan dan di mana…










