FLORIDA: Angka kematian akibat taufan Helene di sepanjang garis pantai negeri Florida, Amerika Syarikat meningkat kepada 52, semalam.
Taufan Kategori 4, yang melanda pantai barat laut negeri itu dengan kelajuan angin sehingga 225 kilometer sejam, terus menyebabkan kemusnahan yang teruk.
Bencana itu menyebabkan kerosakan sejumlah besar harta benda, dengan jutaan penduduk terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS, kesan ribut itu boleh berterusan sepanjang hujung minggu ini.
Pakar meramalkan taufan Helene boleh mengakibatkan kerugian antara AS$15 bilion hingga AS$26 bilion (RM61.8 hingga RM107 bilion) di wilayah tenggara AS.
Taufan itu turut menjejaskan negeri Georgia, Carolina Selatan, Carolina Utara dan Tennessee.
Di Florida, tempat taufan melanda, lebih 1.2 juta rumah dan premis perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik.
Gangguan sama turut menjejaskan sejuta rumah di Georgia, 1.3 juta di Carolina Selatan dan 600,000 lagi di Carolina Utara.- AGENSI










