AMMAN: Jordan mengesahkan kes pertama virus cacar monyet atau Mpox di negara itu semalam, sekali gus yang pertama dilaporkan di Asia Barat. Menurut Kementerian Kesihatan, kes dikesan terhadap seorang warga asing berusia 33 tahun, yang kini dirawat di sebuah hospital di Amman dan dilaporkan stabil. Kementerian berkata, pihaknya akan menangani sebarang perkembangan berkaitan penyakit dengan telus. Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan situasi Mpox global sebagai kecemasan kesihatan awam…