JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menaikkan elaun prestasi Badan Keselamatan Maritim (Bakamla) negara itu, berkuat kuasa semalam. Keputusan itu dibuat selepas Ketua Bakamla, Laksamana TNI Irvansyah memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai elaun badan keselamatan itu paling rendah di antara semua institusi negara. Menurut Perkara 3 Peraturan Presiden Nombor 97 Tahun 2024, kadar elaun prestasi dibezakan mengikut gred jawatan. Selepas kadar baharu dikuatkuasakan, kakitangan di kelas 17 akan…