Ibu cadang namakan anak Merdeka

Ibu cadang namakan anak Merdeka

DUA daripada tiga wanita yang melahirkan anak merdeka diraikan oleh kakitangan Hospital Teluk Intan kelmarin. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang wanita yang melahirkan bayi lelaki ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-67 kelmarin, bercadang menamakan anaknya dengan nama Merdeka sempena kelahirannya pada 31 Ogos.

Nor Aina Fatihah Mohd. Zalani, 24, dari Kampung Tersusun Air Kuning, Tanjung Tualang dekat sini melahirkan bayi lelaki pada pukul 1.33 petang kelmarin di Hospital Teluk Intan.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata pertama bersama suami, Farid Majdi Mohd. Shauki Bik, 24, dan lebih istimewa anaknya itu dilahirkan pada tarikh bersejarah 31 Ogos.

“Saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 1.33 petang, iaitu sebaik sahaja selesai perarakan dan perbarisan kemerdekaan di Putrajaya.

“Bayi merdeka kami beratnya 2.95kg. Mungkin kami letak nama Merdeka kerana nama itu lebih sesuai dan kena pada masa dia dilahirkan namun sedang berbincang dengan suami terlebih mengenai nama itu.

“Saya juga terharu kerana penduduk kampung turut mengucapkan tahniah kerana saya dan suami mendapat anak ketika sambutan Hari Kebangsaan. Jiran-jiran kata kami sungguh bertuah dengan kelahiran anak pada Hari Kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bayi Nor Aina Fatihah merupakan antara tiga bayi yang dilahirkan semasa Hari Kebangsaan di Hospital Teluk Intan kelmarin.

Dua lagi bayi ialah bayi perempuan dilahirkan pada pukul 6.25 pagi dan seorang bayi lelaki dilahirkan pada pukul 7.37 pagi.

Seorang lagi wanita yang melahirkan anak merdeka, B. Malahvathi, 40, berkata, dia gembira apabila melahirkan anak lelaki ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, anak lelakinya dilahirkan pada pukul 7.37 pagi dan dalam keadaan sihat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN