Dua lelaki ditahan disyaki sebabkan pencemaran kimia - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan disyaki sebabkan pencemaran kimia

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori dan kelidannya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pencemaran bahan kimia di beberapa kawasan di daerah ini dan Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua lelaki berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan pukul 11 malam tadi di sebuah pangsapuri di daerah ini.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya bebas pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedua-duanya ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

Kes disiasat bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek sebelum ini ditahan kerana membuang bahan kimia di Sungai Linggiu berhampiran Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi pada 4 September lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian pencemaran tersebut boleh menghubungi talian hotline Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan 07-2182323. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN