Cuti sekolah, perantau ambil peluang pulang ke Kelantan

Cuti sekolah, perantau ambil peluang pulang ke Kelantan

KENDERAAN pengguna jalan raya melalui bandar Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jumlah kenderaan masuk ke negeri ini semakin bertambah apabila anak Kelantan di perantauan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan Gua Musang-Kuala Krai mendapati aliran trafik mengalami kesesakan berbanding hari biasa.

Selain itu, tinjauan mendapati laluan alternatif Gua Musang-Jeli untuk ke Kuala Krai dan Tanah Merah turut menjadi pilihan anak-anak perantau.

Seorang perantau, Muhamad Zulkifli Abdul Rahman, 45, berkata, terpaksa menggunakan jalan alternatif Gua Musang-Jeli untuk pulang ke Kuala Krai bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Alhamdulillah perjalanan dari  Kuala Lumpur ke Kelantan lancar. Sebelum bertolak kami risau akan menempuh kesesakan yang panjang, namun semalam telah ramai yang telah pulang.

“Kenderaan yang menggunakan laluan di sempadan Merapoh, Pahang ke Gua Musang juga bergerak pada kelajuan yang  terkawal,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Ahmad Ismail, 38, berkata, dia bersama keluarga juga melalui perjalanan yang tenang tanpa kesesakan teruk di beberapa kawasan seperti semalam.

Katanya, dia merujuk aplikasi Google Maps sebelum memulakan perjalanan bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Setibanya di pintu masuk Gua Musang aliran trafik dilihat lancar dan terkawal tidak seperti kesesakan yang dilihat di media sosial dan laporan berita semalam.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya