KOTA BHARU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menerusi Yayasan Infaq Angkasa (YIA) menyasarkan untuk mengumpul kutipan wakaf sebanyak RM7.2 juta setahun daripada sumbangan ahli koperasi. Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran itu dilihat realistik dengan mengambil kira bilangan keahlian seramai 7.2 juta ahli koperasi di seluruh negara ini. “Sekiranya setiap ahli dengan rela hati menyumbang RM1 kepada tabung infaq wakaf, maka kita boleh mencapai sasaran berkenaan.…










