Angkasa gesa mohon kerajaan Thailand mudahkan urusan import beras

Angkasa gesa mohon kerajaan Thailand mudahkan urusan import beras

MOHD. Azlan Yahya (tiga dari kanan) melakukan gimik perasmian Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan 2024 di Tunjong Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta kerjasama kerajaan Thailand untuk mempermudahkan urusan pengimportan beras melalui sektor koperasi antara kedua-dua negara.

Timbalan Presidennya, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, hal ini kerana perkara tersebut sudah dibingcangkan.

“Angkasa memahami untuk mendapatkan permit tersebut mungkin mengambil masa.

“Apa pun kita berharap, kerajaan Thailand memudahkan urusan import beras dan memberi maklum balas dengan kadar segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan 2024 di Tunjong di sini malam tadi.

Dr. Mohd. Azlan memberitahu, sebaik sahaja permit itu diperoleh, beras tersebut akan dijual kepada seramai 7.2 juta ahli koperasi sahaja tanpa melibatkan pengguna luar.

Katanya, langkah tersebut merupakan salah satu usaha bagi membantu ahli koperasi mendapatkan bekalan makanan dengan mudah.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Angkasa menawarkan diri untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras yang meruncing ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama dengan rangkaian koperasi antarabangsa terutama dari negara jiran, Angkasa melalui koperasi di bawahnya mampu menjadi pengimport bahan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN