Ambil iktibar atas apa yang berlaku – Nora Ariffin

Ambil iktibar atas apa yang berlaku – Nora Ariffin

Nora Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah. Apa yang berlaku bukan kehendak kami.”

Demikian jawapan penyanyi, Datuk Nora Ariffin berhubung keputusannya untuk merujuk semula dengan bekas suami, Dr. Rushdi Ramli.

Kata Wan Norafizah Wan Ariffin, beliau bersyukur dan pada masa sama mengambil pengajaran atas apa yang menimpa rumah tangganya sebelum ini.

“Kami bersyukur kerana kuasa Allah yang maha mengetahui menyatukan kembali perkahwinan kami. Alhamdulillah.

“Kami mengambil iktibar de­ngan apa yang berlaku dan saling memaafkan.

“Kami tahu keadaan sebenar, siapa yang mendesak serta memaksa kami bercerai tanpa sebab-sebab syarie,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nora sekitar Ogos lepas, di­ceraikan dengan talak satu oleh Dr. Rushdi.

Lafaz (cerai) itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsikan penyanyi itu dalam Instagram.

Penyanyi berusia 51 tahun itu bagaimanapun baru-baru ini mengesahkan telah rujuk semula dengan Dr. Rushdi selepas satu bulan mengumumkan perceraian mereka.

Nora dalam pada itu memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya dan berharap apa yang menimpa perkahwinannya sebelum ini tidak berulang.

“Marilah kita sama-sama mendoakan yang baik untuk semua orang. Insya-Allah, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×