7 negeri Republikan cabar Joe Biden

7 negeri Republikan cabar Joe Biden

PRESIDEN AS, Joe Biden selepas berucap mengenai pemansuhan hutang pinjaman pelajar di Kolej Teknikal Kawasan Madison, di Madison, Wisconsin pada 8 April 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tujuh negeri yang dipimpin Republikan memfailkan saman untuk mencabar rancangan Presiden, Joe Biden bagi memansuhkan hutang pinjaman pelajar.

Tuntutan ini dibuat hanya beberapa hari selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak usaha pentadbiran Biden untuk mengembalikan rancangan pembatalan hutang pinjaman pelajaran.

Rancangan itu bertujuan mengurangkan pembayaran bulanan dan mempercepatkan pemansuhan bagi sebahagian peminjam.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di Brunswick, peguam dari negeri Georgia dan Missouri memfokuskan pada peraturan yang dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan pada April.

Peraturan itu akan memberikan pengecualian hutang pinjaman pelajar Persekutuan kepada kira-kira 27.6 juta peminjam.

Peguam berkata, pihaknya memperoleh dokumen yang menunjukkan Jabatan Pendidikan mengarahkan perkhidmatan pinjaman persekutuan untuk membatalkan ratusan bilion dolar pinjaman seawal Selasa atau Sabtu, sebelum peraturan itu dimuktamadkan.

Tuntutan mahkamah ini mendakwa, langkah tersebut boleh menyebabkan pembatalan pinjaman sekurang-kurangnya AS$73 bilion (RM317 bilion), dengan lebih banyak bantuan hutang yang mungkin menyusul.

Negeri-negeri tersebut berhujah, Jabatan Pendidikan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan pembatalan hutang berkenaan.

Tuntutan itu adalah cabaran terkini terhadap usaha Presiden Demokrat untuk membantu rakyat Amerika yang mempunyai hutang pinjaman pelajaran.

Negeri dipimpin Republikan berjaya meyakinkan Mahkamah Agung AS pada Jun 2023, untuk menghalang program diperjuangkan Biden, yang akan membatalkan sehingga AS$20,000 (RM86,975) hutang setiap peminjam.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN