KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,000 ekor ayam segar habis terjual dalam tempoh kurang satu jam dalam satu program di Pasar Berkat, Padang Hiliran di sini. Program anjuran Persatuan Pekerja dan Pengguna Kuala Terengganu (Peka) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu turut menawarkan barangan mentah lain dengan harga lebih murah berbanding pasaran biasa. Pengerusi Peka, Muhammad Khairi Che Ali berkata, setiap pengunjung hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam bagi memberi peluang kepada lebih ramai mendapatkan bahan mentah itu. Menurutnya, jualan murah ayam segar itu bertujuan mengurangkan beban…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya