LAHAD DATU: Seorang pesakit psikiatri yang mengandung 33 minggu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Lahad Datu, semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, manga dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan hospital tersebut pada Rabu kira-kira pukul 7.20 malam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dihantar oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan pada Selasa selepas mendapati mangsa bertindak agresif.…










