UniSZA, YDSM perkasa pendidikan pelajar B40

UniSZA, YDSM perkasa pendidikan pelajar B40

SULTAN Mizan Zainal Abidin (tengah) bergambar bersama wakil UniSZA dan YDSM selepas majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) bagi memperkasakan kecemerlangan pendidikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, melalui kerjasama tersebut anak-anak B40 Terengganu B40 tidak boleh lagi tercicir daripada menyambung pelajaran kerana alasan kemiskinan.

“MoU ini juga bertujuan menyambung semula kerjasama sebelum ini yang telah terjalin sejak tahun 2019 yang tertumpu kepada pengambilan pelajar-pelajar daripada golongan B40.

“Mereka ialah rakyat Terengganu yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSZA tertakluk kepada syarat kemasukan minimun dan unjuran kemasukan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Majlis Menandatangani MoU antara UniSZA dan YDSM itu berlangsung di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Pengerusi YDSM telah berkenan menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut.

MoU itu ditandatangani oleh Fadzli serta Pendaftar UniSZA, Muzafar Mohd. Din yang mewakili UniSZA manakala bagi pihak YDSM ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Datuk Mohd. Fauzi Mustaffa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UniSZA optimis MoU itu dapat membantu pelajar B40 untuk mengubah nasib keluarga mereka dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Kami komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk semua pelajar dan berharap mereka yang bakal menerima manfaat ini akan menggunakan peluang yang ada dengan baik dan menghabiskan pengajian dengan cemerlang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN