To Lam dilantik ketuai Parti Komunis Vietnam

To Lam dilantik ketuai Parti Komunis Vietnam

TO LAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Presiden Vietnam, To Lam dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, jawatan tertinggi negara, menggantikan Nguyen Phu Trong yang meninggal dunia dua minggu lalu.

Lam mengambil alih tugas sebagai ketua parti pada 18 Julai lepas, sehari sebelum kematian Trong kerana kesihatannya semakin merosot.

Pewakilan parti sebulat suara menyokong pencalonan To Lam, menurut pegawai pada sidang akhbar.

Dalam ucapannya kepada perwakilan, Lam berikrar untuk mewarisi dan mempromosikan legasi Trong, tidak membuat sebarang perubahan pada dasar luar negara Asia Tenggara, memberi tumpuan kepada pencapaian matlamat pembangunan sosioekonomi dan meneruskan kempen antirasuah Vietnam.

Vietnam secara rasmi tidak mempunyai pemimpin tertinggi, tetapi ketua parti secara efektif memainkan peranan yang lebih menonjol selepas Trong mengukuhkan kuasa itu sepanjang tempoh 13 tahun berkhidmat.

Lam dilihat sekian lama mengimpikan untuk menjadi ketua parti, dengan pakar menganggap jawatan presiden sebagai batu loncatan untuknya menduduki kerusi tertinggi itu.

Beliau dilantik sebagai Presiden pada Mei lalu selepas mengetuai kempen menyeluruh bagi siasatan berprofil tinggi terhadap rasuah.

Lam menggantikan Vo Van Thuong, yang memegang jawatan kira-kira setahun sebelum berundur akibat dakwaan salah laku yang tidak dinyatakan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN