Tim Walz penuhi ciri diinginkan Kamala Harris

Tim Walz penuhi ciri diinginkan Kamala Harris

CALON Presiden Demokrat, Kamala Harris dan gandingannya, Tim Walz selepas berucap di Pusat Liacouras Temple University di Philadelphia, Pennsylvania kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penampilan kali pertama calon Naib Presiden dari Parti Demokrat, Tim Walz dalam kempennya bersama calon Presiden, Kamala Harris mendapat sambutan positif apabila memaparkan aksi bersahaja penuh humor dan sindiran terhadap bekas Presiden, Donald Trump.

Dalam satu acara pertama kempen dihadiri dua pemimpin berkenaan di Philadelphia semalam, Waltz yang juga Gabenor Minnesota memperlihatkan ‘tarikannya’ apabila membuat jenaka berbau sindiran dan sentiasa tersenyum sehingga mendapat sorakan daripada pengundi yang hadir.

BBC melaporkan, pemilihan beliau sebagai calon Naib Presiden juga bertepatan dengan kemahuan Harris yang mahukan seorang pemimpin yang dilihat merendah diri, mudah didekati dan disenangi ramai.

Pesona ‘tengah Barat’ yang merujuk kepada tempat kelahirannya, Nebraska, juga dijangka membolehkan beliau memenangi hati pengundi atas pagar dan dari kawasan luar bandar seperti Wisconsin dan Michigan.

Dalam satu sindiran terhadap Trump semalam, Waltz berkata, bilangan jenayah meningkat sewaktu pemerintahan bekas Presiden tersebut dan itu tidak termasuk kesalahan yang dilakukan Trump.

Beliau yang turut menyatakan Trump seorang yang ‘pelik’ berhubung dasar pengguguran anak berkata, calon Presiden Parti Republikan itu sepatutnya mengamalkan praktis di negeri-negeri tengah AS yang ‘tidak kisah’ dengan apa juga yang mahu dilakukan rakyat AS.

Waltz, 60, pernah berkhidmat sebagai guru, jurulatih bola sepak dan merupakan veteran Pengawal Kebangsaan Tentera Darat AS.

Pemilihan Waltz mengetepikan Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro dan Speaker Arizona, Senator Mark Kelly yang berperwatakan lebih serius.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×