Kedaulatan negara tergadai jika pegawai tentera rasuah

Kedaulatan negara tergadai jika pegawai tentera rasuah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2024 di Kem Perdana Sungai Besi, semalam. /FB SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Ibrahim bertitah supaya semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan tugas dengan jujur dan tidak berbelah bahagi bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Titah Sultan Ibrahim, kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika amalan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM bertitah, baginda tidak memberi muka kepada mana-mana pegawai ATM yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan gagal melaksanakan amanah sebagai pegawai tentera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, jangan sesekali ada pegawai tentera yang terlibat dalam rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.

“Selaku Pemerintah Tertinggi ATM, saya tidak akan memberi muka kepada mereka yang gagal melaksanakan amanah sebagai seorang pegawai tentera.

“Saya juga pernah menjalani pelbagai latihan ketenteraan, oleh itu, jangan cuba temberang,” titah Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim pada Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah

Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

Baginda turut mengingatkan kerajaan untuk menitikberatkan amanah dalam semua urusan pembelian peralatan dan pembinaan kemudahan tentera.

“Peralatan yang ingin dibeli mestilah bermutu tinggi dan memenuhi keperluan pertahanan negara, bukannya mengikut telunjuk pembekal yang menawarkan komisen.

“Saya sendiri akan menilai semua perolehan,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini