Taufan Shanshan dijangka landa Jepun mulai Selasa

Taufan Shanshan dijangka landa timur Jepun

TAUFAN Shanshan dijangka menganggu perkhidmatan kereta api di timur Jepun.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Taufan kuat yang diramalkan melanda timur Jepun mulai Selasa, berkemungkinan mengganggu perkhidmatan kereta api di kawasan tersebut.

Taufan Shanshan dijangka bergerak ke utara menuju pantai Pasifik Jepun, walaupun laluannya masih sukar untuk diramal, lapor Kyodo News yang memetik Agensi Meteorologi Jepun.

Menurut agensi itu, taufan terletak di sekitar Kepulauan Ogasawara semalam, bergerak ke utara dengan kelajuan 25 kilometer sejam (kmph).

Pihak berkuasa kereta api menjangkakan taufan tersebut boleh menganggu dan mengakibatkan penangguhan perkhidmatannya.

Minggu lalu, Taufan Ampil melanda Jepun, khususnya di ibu negara Tokyo yang menyebabkan angin kencang dan hujan sehingga mengakibatkan gangguan kepada percutian musim panas.

Taufan itu menyebabkan gangguan besar kepada sistem pengangkutan, apabila Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan kira-kira 650 penerbangan ke dan dari lapangan terbang Hanita serta Narita Tokyo.

Pembatalan itu menjejaskan kira-kira 120,000 penumpang.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN