Tasik Bukit Merah kembali dipenuhi air

Tasik Bukit Merah kembali dipenuhi air

AKTIVITI berkayak kembali beroperasi setelah paras bacaan air di Empangan Tasik Bukit Merah kembali pulih di Bukit Merah Laketown Resort. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Aktiviti riadah dan rekreasi di Bukit Merah Laketown Resort beroperasi semula setelah paras air semakin meningkat di Empangan Bukit Merah.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, Danesh Kumar berkata, semua aktiviti menggunakan air di empangan itu mula beroperasi semula empat hari lalu.

“Selama hampir dua bulan lebih kita terpaksa menghentikan segala aktiviti yang menggunakan air di tasik ini.

“Apabila paras air meningkat semula sedalam empat kaki mengikut bacaan paras air di Jeti Pulau Orang Utan, kita kembali memulakan operasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut Danesh, pada hari pertama rekreasi air beroperasi semula, pelancong dari Itali telah melawat Pulau Orang Utan di tengah tasik tersebut.

“Ramai pelancong dari Eropah iaitu Itali, Perancis dan sebagainya berkunjung ke sini untuk bercuti.

“Mereka menjadi pelanggan pertama yang melakukan aktiviti rekreasi di tasik ini sejak ia beroperasi semula,” katanya.

Sementara itu, pembantu rekreasi, Muhammaf Qhairin Asri berkata, dia bekerja di resort itu hampir enam tahun.

Menurutnya, lebih dua bulan yang lalu dia dan pekerja lain terpaksa hentikan segala aktiviti seperti memancing, berkayak pelayaran bot dan sebagainya disebabkan penyusutan air di empangan itu.

“Alhamdulillah apabila kerap hujan di kawasan tadahan kolam ini, paras air semakin meningkat dan kami kembali beroperasi semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN