KUALA LUMPUR: Teknik ‘flushing’ mula digunakan bagi mencari wanita warga asing yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Masjid India di sini, Jumaat lalu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Syarif berkata, teknik flushing atau pembersihan mula dilaksanakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) di lurang kumbahan lima berhampiran dengan Agro Bank di sini. “Teknik itu (flushing) akan bermula hari ini di mainhole lima di Agro Bank. IWK…