Tanah jerlus di Kampung Kerinchi bukan sebab paip pembentungan

Tanah jerlus di Kampung Kerinchi bukan sebab paip pembentungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejadian longkang runtuh sehingga mengakibatkan lubang besar yang berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur semalam bukan berpunca dari paip pembentungan awam.

Indah Water Konsortium (IWK) berkata, pasukan operasinya sudah memeriksa lokasi kejadian tersebut sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, hasil siasatan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembentungan lancar seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembentungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti.

“Pihak IWK berpendapat kejadian tersebut adalah disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi lain yang berkaitan. Hasil siasatan CCTV telah dimaklumkan IWK kepada pihak DBKL,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, DBKL berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kejadian itu.

“DBKL sudah mengambil langkah awal seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon di kawasan kejadian kira-kira jam 10 malam tadi,” katanya.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih gagal menemui sebarang objek mahu pun petunjuk baharu selepas melakukan selaman di dalam saluran kumbahan berhampiran lokasi kejadian tanah jerlus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini