Tambah kilang lateks kukuhkan harga getah

Tambah kilang lateks kukuhkan harga getah

PEKEBUN kecil di seluruh negara kini menikmati harga tertinggi komoditi getah yang mencecah sehingga RM4.50 sekilogram dalam tempoh hampir 20 tahun. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan dicadang menambah bilangan kilang memproses lateks dalam usaha membantu mengukuhkan harga getah sekali gus memberikan kelegaan kepada pekebun kecil yang sudah lama berdepan ketidaktentuan pasaran sebelum ini.

Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) Kameruzaman Ab. Rahman berkata, langkah itu boleh dilakukan menerusi kerjasama kukuh antara agensi terlibat dengan koperasi getah.

“Ini adalah satu daripada usaha yang mampu menyelamatkan industri getah tanah air pada masa hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Kameruzaman memberitahu, Pantai Timur dilihat sebagai lokasi terbaik untuk kerajaan menambahkan jumlah kilang memproses lateks.

Hal ini kerana katanya, getah keluaran Kelantan merupakan kualiti terbaik di Malaysia.

“Harga sekarang ini agak tinggi kerana kurangnya permintaan dan penawaran selain spekulasi yang dibuat oleh ‘trader’,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Kameruzaman berkata, jualan secara berkelompok turut membantu menstabilkan harga getah di pasaran.

Katanya, beliau berharap usaha itu diteruskan kerana ia memberikan manfaat lebih baik kepada pekebun kecil dan penoreh.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 200,000 pekebun kecil di seluruh negara kini menikmati harga tertinggi komo-diti getah yang mencecah sehingga RM4.50 sekilogram dalam tempoh hampir 20 tahun.

Kenaikan harga getah antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram itu membantu penoreh menjana pendapatan RM4,000 hingga RM6,000 sebulan bergantung keluasan tanaman komoditi tersebut.

Sebelum ini, harga getah adalah antara RM3.50 hingga RM3.80 sekilogram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini