JOHOR BAHRU: Keluarga seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka, Januari lalu menuntut keadilan sewajarnya untuk mangsa. Suaminya, Mohd. Yusof Mokhtar, 35, walaupun mengakui berat menerima hakikat bahawa mayat dalam keadaan tidak sempurna itu adalah isterinya, dia tetap reda dengan apa yang berlaku serta menuntut individu yang melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu diheret ke muka pengadilan dan…










