JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya seorang pengguna jalan raya dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 26 Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan dilaporkan berlaku pukul 5.45 petang tadi.
“Kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan terdiri daripada tiga lori, tiga motosikal dan sebuah kereta.
“Kemalangan menyebabkan kesesakan jalan raya di lebuh raya berkenaan khususnya dari Pasir Gudang menghala Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN