Sekumpulan doktor rancang mogok tuntut naik elaun on call

Sekumpulan doktor rancang mogok tuntut naik elaun on call

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekumpulan pegawai perubatan di sekitar Lembah Klang dikatakan merancang untuk menganjurkan mogok bagi mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan yang dibuat bagi kebajikan petugas kesihatan itu. 

Mereka mendakwa tindakan mogok itu penting kerana masa untuk ‘berlembut’ sudah tamat, sebaliknya tindakan tegas perlu dilakukan bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan negara tidak terganggu disebabkan semangat kerja mereka sudah berkurangan. 

Antara tuntutan yang dibangkitkan ialah memperuntukkan elaun on call (tunggu sedia) dan kenaikan gaji tambahan untuk doktor dimasukkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan kerajaan pada 18 Oktober depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK), Dr. Muhammad Yassin bagaimanapun berkata, pihaknya tidak terlibat dalam penganjuran mogok itu walaupun kumpulan doktor terbabit turut menggesa HDK dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ber sama mereka membuat desakan itu kepada kerajaan. 

Namun, kata beliau, walaupun pihaknya tidak terlibat dalam mogok ini, HDK bersetuju supaya kerajaan memberikan perhatian serius terhadap segala tuntutan berkenaan dan dimasukkan dalam peruntukan kewangan negara. 

“Pihak hartal tidak tahu menahu tentang mogok ini. Bagaimanapun, HDK bersetuju supaya elaun on call dinaikkan RM25 sejam (berbanding RM9.16 sejam) ialah satu jumlah yang bersesuaian seiring dengan beban tugas seorang doktor perubatan semasa on call. 

“Untuk gaji tambahan, rasanya PMX (Perdana Menteri) sudah umumkan berdasarkan kemam puan kewangan negara. Apa yang kami harapkan ialah jumlah bajet untuk sektor kesihatan dinaik kan kepada 8 hingga 10 peratus dari pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (sekarang 4.5%),” katanya di sini, semalam. 

Terdahulu, memetik laporan portal berita Codeblue, kumpulan doktor itu mendakwa, kerajaan bersikap acuh tidak acuh untuk memenuhi permintaan kenaikan elaun doktor. 

Sementara itu, di Shah Alam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan semakan semula elaun pegawai perubatan yang bertugas on call supaya ia dinaikkan berbanding kadar semasa dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini. 

Menurut Dzulkefly, kadar tersebut dijangka diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025. 

“Memang kita sudah maklumkan kepada Kabinet. Kita sudah dapat maklum balas positif daripada Kabinet dan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Cumanya kita menantikan amaunnya. 

“Jawapannya adalah ya, keputusan sudah dibuat. Kalau amaun kita kena tunggu masa bajet (Belanjawan 2025),” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek MyGenom, semalam. 

Kadar elaun on call doktor di Malaysia adalah antara terendah berbanding di Singapura (RM680) setiap malam, manaka la di Brunei (RM340 hingga RM680) berbanding Malaysia RM9.16 sejam. 

Berdasarkan kajian MMA, hampir 70 peratus doktor mempertimbangkan untuk meninggalkan sektor awam kerana tidak berpuas hati dengan keadaan kerja mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×