Sarjan Halim keliling Malaysia guna skuter

Sarjan Halim keliling Malaysia guna skuter

HALIM Hamid, 48, memulakan perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan skuter secara solo, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang kakitangan Hospital Tumpat mencabar dirinya dengan menunggang motosikal jenis skuter mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali ke-10 sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Halim Hamid, 48, berasal dari Kampung Laut berkata, dia tidak gentar untuk berdepan perjalanan sejauh 4,000 kilometer dengan merentas 11 negeri bermula semalam.

“Menariknya, untuk jelajah kali ini saya menerima sebuah skuter baharu daripada seorang dermawan yang tertarik dengan misi yang sudah dilakukan sebelum ini.

“Sokongan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskannya sebagai tanda kecintaan pada negara sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67,” katanya ditemui pemberita di dataran Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan di sini semalam.

Pelepasan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, Asisten Superintendan Shuhaidi Saidon dan Pengarah Hospital Tumpat, Dr. Aminah Rusmin Mohamad Ghazali.

Halim yang juga Sukarelawan Simpanan Polis (SSPDRM) IPD Tumpat berpangkat Sarjan memberitahu, kembara solonya dilakukan waktu siang sahaja dan singgah di lokasi bersesuaian pada waktu malam.

Sepanjang perjalanan itu, dia akan singgah ke beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara.

“Kemudian saya akan ke Bandar Hilir Melaka sebelum menyambut ambang merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan ke Putrajaya untuk sambutan Hari Kebangsaan.

“Saya teruskan perjalanan pulang melalui Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan akhirnya Kelantan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN