JASIN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang berskala besar tahun depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi memastikan program itu menjadi acara tahunan dan dianjurkan bersama kerajaan negeri kerana berpotensi besar untuk meningkatkan sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Beliau berkata, kombinasi penganjuran Mini KUD dan Festival D’ Bendang merupakan satu perkongsian pintar antara KKDW dengan kerajaan negeri menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya