JOHOR BAHRU: Tindakan Sekumpulan remaja memancing dan bermandi-manda di tasik dekat loji berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12, Kempas, di sini berakhir dengan tragedi setelah seorang daripada mereka ditemui lemas, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas di kawasan tadahan air hujan berkenaan. Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I)…










