ALOR GAJAH: “Geran Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) benar-benar membantu memajukan perniagaan kami yang baru bertapak,” demikian luahan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerimanya untuk memajukan perniagaan masing-masing. Usahawan veteran, Yuseirinie Ahmad, 47, berkata, geran berjumlah RM5,000 itu membantunya membeli beberapa peralatan pencetakan yang diusahakannya. Dia yang menamatkan perkhidmatan sebagai staf sarjan di Kem Mahkota, Kluang, Johor pada 2 Mei 2018 berkata, perniagaannya mengalami kemerosotan sewaktu…










