JAKARTA: Ketua Umum Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto menafikan khabar angin mengenai keretakan hubungannya dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi). Prabowo yang dipilih sebagai Presiden baharu Indonesia Oktober ini, menyifatkan dakwaan itu sebahagian usaha untuk memecahbelahkan hubungan beliau dengan Jokowi. Bagaimanapun, Prabowo menegaskan enggan mengambil serius terhadap dakwaan tersebut. “Saya bingung mereka lebih tahu daripada saya. Di mana retaknya? Menjengkelkan apabila ada pihak yang sengaja mengadu domba. “Kalau ada…