TOKYO: Jepun mendakwa sebuah pesawat pengintip China menceroboh ruang udaranya, dalam kejadian pertama di negara itu semalam. Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi berkata, pencerobohan pesawat Y-9 milik China itu berlaku selama dua minit di ruang udara Kepulauan Danjo, kira-kira pukul 11.29 pagi (waktu tempatan). “Tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima. Ia adalah pencerobohan yang ketara,” katanya seperti dilapor BBC. Hayashi berkata, pihaknya juga telah memanggil diplomat China di Jepun…