WASHINGTON: Sebuah wilayah di pinggir bandar New York meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pemakaian topeng, dengan tujuan menyembunyikan identiti penunjuk perasaan pro-Palestin yang membantah sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap perang Israel di Gaza. Larangan pemakaian topeng akan meliputi sebarang bentuk protes awam, dan ianya menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Penggubal undang-undang di daerah yang dikuasai Republikan berkata, RUU itu bertujuan menghalang penunjuk perasaan yang didakwa terlibat dalam keganasan…










