PARIS: Peninju Algeria yang menjadi tumpuan pertikaian jantina di Sukan Olimpik Paris, Imane Khelif, memfailkan aduan undang-undang terhadap platform media sosial X atas tuduhan gangguan. Peguam pemegang pingat emas itu, Nabil Boudi berkata, Imane memfailkan aduan rasmi kepada pendakwa raya di Perancis pada Jumaat lepas. Beliau dan seorang lagi pemenang pingat emas, Lin Yu-ting dari Taiwan, menjadi pusat pertikaian berprofil tinggi mengenai identiti jantina yang mencetuskan perdebatan di media sosial.…