Pengawal keselamatan maut, kereta dipandu bertembung lori. - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut, kereta dipandu bertembung lori.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Mohd. Thaufik Mohd. Sukiman yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 102, Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Kampung Sri Lukut di Kahang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pengawal keselamatan maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 102, Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Kampung Sri Lukut di Kahang petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 3.33 petang itu,  pemandu Proton Wira, Mohd. Thaufik Mohd. Sukiman, 35, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori, Khairul Nizam Said, 44, mengalami kecederaan. 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Mohd. Thaufik dalam perjalanan dari arah Kluang menuju ke Mersing,  Khairul Nizam dari arah bertentangan

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan itu dipercayai bertembung di tengah-tengah jalan menyebabkan kereta Proton Wira berpusing dan terbabas ke kiri jalanmanakala lori terbabas ke kanan jalan. 

“Akibat pertembungan itu, pemandu kereta Proton Wira mengalami kenderaan parah pada bahagian muka dan disahkan meninggal di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jusoh Mohd. Salleh dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang berkata, pemandu Proton Wira disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian. 

Pasukan terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN