Usaha cari dua mangsa bot karam buntu

Usaha cari dua mangsa bot karam buntu

SEBUAH bot Maritim Malaysia melakukan Op Carilamat untuk mengesan bot yang karam dan dua lagi mangsa yang belum ditemukan di perairan Kemaman di Kemaman, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pencarian bot dan dua lagi mangsa tragedi bot karam dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman di sini masih lagi menemui jalan buntu walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan penyelamat sejak hari pertama tragedi berlaku, Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, operasi mencari Aina Husna Mohamad Husaini, 25, dan Yusof Kassam, 66, masih diteruskan hari ini dengan pencarian melibatkan tiga aset laut milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

“Hari ini (semalam), seramai sembilan penyelam dari Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia meneruskan pencarian mangsa di sekitar lokasi kejadian.

“Tekong bot yang terselamat iaitu Saipul Ridzuan Osman, 50, turut membawa botnya yang dilengkapi alat sonar untuk mengesan lokasi bot yang karam,” katanya ketika ditemui di Zon Maritim Kemaman, di sini.

Jelas beliau, pasukan penyelam telah turun ke tiga lokasi untuk melakukan selaman bagi mencari bot terlibat dan dua mangsa yang belum ditemukan.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) juga mula diperkecilkan dengan hanya melibatkan anggota Maritim dan JKDM selepas tiga hari operasi bersepadu.

Sementara itu, sumber memberitahu, lokasi pelanggaran bot dengan tongkang tersebut merupakan kawasan aktiviti tangkapan ikan, selain merupakan kawasan perikanan rekreasi dan laluan kapal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×