SEREMBAN: Seorang pembantu tadbir sebuah kolej vokasional di Rembau didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan pihak kolej dengan mengemukakan dokumen palsu berhubung baucar bayaran pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah RM22,058.60 pada 2022 dan 2023. Tertuduh, Foziana Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Mengikut pertuduhan, Foziana sebagai ejen kerajaan iaitu pembantu tadbir dengan niat memperdayakan prinsipalnya…