Pejalan kaki warga emas maut dilanggar ketika melintas - Utusan Malaysia

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar ketika melintas

KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang pejalan kaki warga emas maut di hadapan Pasar Awam Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pejalan kaki warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di Kilometer 0.2 Jalan Kukup-Pontian di hadapan Pasar Awam Pontian pukul 6.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa, Tan Giek Moy@ Tan Siew Heng, 77, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang melintas jalan setelah keluar dari pasar berkenaan untuk pulang ke rumahnya di No 59-E, Rimba Terjun selepas membeli barangan keperluan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah Pontian ke Kukup, menyebabkannya mengalami  kecederaan pada bahagian kaki kiri dan kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Pontian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Penunggang motosikal yang berusia 29 tahun berasal dari Benut sedang dalam perjalanan dari arah rumahnya ke Kukup hanya mengalami kecederaan ringan pada tangan kiri dan kanan.

Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa menerusi talian 013-9825324. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN