Pejalan kaki warga emas maut dilanggar ketika melintas

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar ketika melintas

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pejalan kaki warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan di Kilometer 0.2 Jalan Kukup-Pontian di hadapan Pasar Awam Pontian, pukul 6.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, Tan Giek Moy @ Tan Siew Heng, 77, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang melintas jalan untuk pulang ke rumah di No. 59-E, Rimba Terjun selepas membeli barangan keperluan dari pasar awam.

“Mangsa dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah Pontian ke Kukup menyebabkannya mengalami kecederaan pada kaki kiri dan kepala.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Pontian sementara penunggang motosikal berusia 29 tahun, hanya cedera ringgan,” katanya dalam satu kenya­taan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN