Pegawai bank rugi RM141,000 terpedaya pelaburan emas palsu - Utusan Malaysia

Pegawai bank rugi RM141,000 terpedaya pelaburan emas palsu

RAUB SELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai bank hanya mampu melihat ‘kekayaan’ di alam maya apabila pelaburan emas yang disertainya sebenarnya merupakan satu taktik ‘scammer’, menyebabkan dia mengalami kerugian RM141,000.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 46 tahun membuat laporan polis berhubung perkara itu, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa terpedaya dengan satu pelaburan emas selepas nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp, Mei lalu.

“Tertarik dengan iklan berkenaan pelaburan itu, mangsa menghubungi seorang lelaki iaitu ketua kumpulan WhatsApp tersebut dan bertanyakan tentang pelaburan berkenaan.

“Akibat dijanjikan pulangan sehingga 50 peratus daripada jumlah pelaburan, mangsa membuat 10 transaksi ke dalam beberapa akaun bank tempatan berbeza antara Mei hingga Jun lalu.

“Mangsa semakin gembira apabila melihat pelaburannya telah memberikan keuntungan sebanyak AS$25,177.47 atau RM108,879.97.

“Namun apabila mahu mengeluarkan wang tersebut, suspek masih meminta mangsa menambah jumlah pelaburan. Akibat kerap meminta untuk mengeluarkan wang keuntungan tersebut, mangsa akhirnya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa menyedari telah ditipu dan terus membuat laporan polis,” ujarnya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya