Patung mainan lembut jadi sumber pendapatan Aini

Patung mainan lembut jadi sumber pendapatan Aini

AINI Jaafar menunjukkan produk patung mainan lembut yang dihasilkannya pada Karnival Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas menjadikan minat menjahit sebagai sumber pendapatan utamanya dengan menghasilkan produk patung mainan lembut sejak lima tahun lalu.

Pemilik Nani Mok Enterprise, Aini Jaafar, 63, berkata, semuanya bermula pada 2019 apabila dia menyertai bengkel latihan jahitan selama tiga hari menerusi program Amazing Race anjuran Perbadanan Kraftangan Malaysia.

Katanya, selepas itu dia mencuba menghasilkan patung mainan lembut secara suka-suka untuk dihadiahkan kepada cucunya.

“Minat menjahit sebenarnya datang secara kebetulan selepas menyertai bengkel. Saya cuba menghasilkan patung mainan lembut dalam pelbagai bentuk dan saiz untuk diberikan pada cucu dan tidak menyangka mereka menyukainya.

“Setahun selepas itu saya buat keputusan untuk terlibat secara serius dan membina jenama sendiri. Pada peringkat awal saya menjual pada orang terdekat seperti saudara mara dan jiran sebelum aktif mengikuti acara karnival kraftangan.

“Sejak itu produk kraf saya semakin dikenali termasuk pelancong asing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Aini, dia kini mampu menjana pendapatan mencecah empat angka setiap kali menyertai karnival kraftangan.

Harga ditentukan berdasarkan saiz dan tahap kesukaran dalam menghasilkan produk kraf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN