Operasi Scoot aktifkan semula LTAM

Operasi Scoot aktifkan semula LTAM

AB. RAUF Yusoh merasmikan Matta Fair Melaka 2024 di Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penerbangan lima kali seminggu ke Melaka oleh syarikat penerbangan tambang murah dari Singapura, Scoot bakal memacu lebih ramai kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, para pelancong dari luar negara kini boleh datang ke negeri ini dengan menaiki penerbangan terus dari Singapura.

Kata beliau, penerbangan sulung Scoot pada 23 Oktober ini akan mengaktifkan semula operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini.

“Dengan menawarkan tiket serendah RM260 sehala dari Singapura, saya melihat penerbangan ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka. Mereka (pelancong) boleh memilih untuk menggunakan sambungan ini ke mana-mana destinasi luar negara dan begitu juga sebaliknya.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik (kerana) LTAM akan kembali aktif. Kita juga sedang berunding dengan beberapa lagi syarikat lain untuk memberikan penerbangan-penerbangan baharu,” katanya selepas merasmikan Matta Fair Melaka 2024 di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Scoot mengumumkan bakal melancarkan penerbangan ke Melaka mulai 23 Oktober ini yang akan beroperasi lima kali seminggu dengan kadar tambang kelas ekonomi bermula dari RM233 sehala.

Dalam perkembangan lain, Ab. Rauf memaklumkan kerajaan negeri bersedia meminda tarikh Melaka Bila Larut Malam bulan depan kepada 31 Ogos ini.

Menurutnya, perubahan itu dibuat sempena sambutan Hari Kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×