Netanyahu, Gallant cari jalan batal waran tangkap ICC

Netanyahu, Gallant cari jalan batal waran tangkap ICC

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant ketika menghadiri sidang akhbar di pangkalan tentera Kirya di Tel Aviv, pada 28 Oktober 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Meskipun hubungan dilaporkan sedang tegang, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant didakwa mengadakan pertemuan penting, kelmarin.

Pertemuan itu bagi membincangkan usaha Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Pejabat Netanyahu dalam kenyataan berkata, Perdana Menteri itu mengadakan perbincangan tambahan dengan penyertaan pemimpin politik dan Peguam Negara, Gali Baharav Miara mengenai tindakan ICC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peguam Negara menegaskan kembali pendiriannya mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi meneliti situasi kemanusiaan di Gaza.

“Menurut Peguam Negara, belum dipastikan sama ada penubuhan suruhanjaya ini akan membawa kepada pembatalan untuk mengeluarkan waran tangkap tersebut,” kata kenyataan itu.

20 Mei lalu, Pendakwa Raya ICC, Karim Khan memohon waran tangkap untuk Netanyahu dan Gallant bagi jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan mereka di Gaza.

Khan berkata, terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan di Gaza sejak Oktober tahun lepas.

Jika waran tangkap dikeluarkan, Netanyahu dan Gallant tidak dapat melakukan perjalanan ke 124 negara anggota ICC, di mana keputusan itu mengikat.

Israel tidak mengiktiraf bidang kuasa ICC, mahkamah yang ditubuhkan pada 2002, yang menerima Palestin sebagai anggota selepas 13 tahun.

ICC adalah badan antarabangsa bebas yang tidak bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau badan antarabangsa lain.

Serangan Israel selama lebih 10 bulan di Gaza membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan 92,400 yang lain cedera.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini