WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Starliner milik Boeing ke Bumi pada September.
Manakala, dua angkasawannya yang terkandas selama lebih dua bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), akan kembali ke Bumi pada Februari tahun depan dengan SpaceX.
NASA berkata, kapal angkasa Starliner yang dinaiki Sunita Williams dan Barry Wilmore ke ISS akan dibawa pulang tanpa kru.
Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, Boeing bekerjasama rapat dengan pihaknya untuk memahami penambahbaikan yang perlu dilakukan pada kapal angkasa tersebut.
“Penerbangan angkasa lepas adalah berisiko dan tidak selamat. Nilai teras kami adalah keselamatan dan itu adalah panduan utama,” katanya pada sidang akhbar, kelmarin.
Pasangan tersebut berlepas dalam misi yang dirancang selama lapan hari pada 5 Jun, tetapi kini terkandas kira-kira lapan bulan di orbit.
Starliner mengalami masalah semasa perjalanan ke ISS, termasuk kebocoran helium yang memacu bahan api ke dalam sistem pendorong.
Keputusan melanjutkan tempoh angkasawan itu di ISS adalah untuk membolehkan mereka pulang dengan kapal angkasa SpaceX Crew-9.
Penangguhan ini membolehkan SpaceX melancarkan kapal angkasa seterusnya, dengan pelepasan dijadualkan pada akhir September.- BBC










