Motosikal paling banyak tiada cukai jalan

Motosikal paling banyak tiada cukai jalan

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penunggang mo­tosikal dikesan sebagai pe­salah trafik tertinggi tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan sekali gus membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ia dikesan menerusi operasi-operasi yang dijalankan pihaknya.

Kata beliau, JSPT akan mempergiatkan operasi di seluruh negara dengan menumpukan kesalahan dilakukan penunggang motosikal dalam usaha mengurangkan kadar kemala­ngan jalan raya.

Menurutnya, ia termasuk melaksanakan advokasi menerusi Op Didik yang memberi tumpuan kepada pelajar sekolah bertujuan menyedarkan golongan remaja mengenai ke­selamatan jalan raya.

“Advokasi ini penting untuk memberi pendidikan kepada pelajar supaya mengambil langkah keselamatan ketika me­nunggang motosikal dan dalam masa sama memberi peringatan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

“Ibu bapa juga perlu mengambil berat dengan memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd. Yusri berkata, pelaksanaan penguatkuasaan juga dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, ia bertujuan memaksimumkan pematuhan piawaian teknikal dan keselamatan ken­deraan yang digunakan penunggang motosikal serta pemandu kenderaan ke arah membudayakan pematuhan undang-undang.

“Kita sebagai penguat kuasa undang-undang sudah pasti perlu memastikan peraturan jalan raya dipatuhi semua pengguna. Paling penting adalah menjamin keselamatan orang ramai dan mereka selamat ketika berada di jalan raya,” jelasnya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan lebih 46,000 kes kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan tidak mempu­nyai perlindungan insurans dan cukai jalan sejak enam tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN