PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menafikan penahanan pengasas Telegram, Pavel Durov di Lapangan Terbang Le Bourget Sabtu lalu, bermotif politik. Beliau berkata, Perancis kekal komited terhadap kebebasan bersuara yang sah. “Penahanan pengasas Telegram di wilayah Perancis dibuat sebagai sebahagian daripada siasatan kehakiman yang sedang berjalan. “Ini sama sekali bukan keputusan politik. Terserah kepada hakim untuk memutuskan,” katanya dalam hantaran di X. Sementara itu, Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau berkata, penahanan…