Lima ditahan, polis kesan dua lagi suspek kes samun di NKVE - Utusan Malaysia

Lima ditahan, polis kesan dua lagi suspek kes samun di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini menahan lima orang susulan seorang lelaki cedera disamun sekumpulan tujuh penjenayah bersenjatakan parang dan kayu berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Petaling Jaya di sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tiga daripada lima orang itu sudah dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan sementara dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, usaha mengesan dua lagi suspek itu sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut giat dijalankan selain mengenal pasti dua lagi suspek kes tersebut,” ujarnya.

Pada 19 Ogos lalu, media melaporkan seorang lelaki cedera disamun sekumpulan tujuh penjenayah bersenjatakan parang dan kayu berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini.

Dalam kejadian pada 4.30 pagi, suspek memukul mangsa berusia 41 tahun dan mengambil wang serta rantai lehernya.

Akibat kejadian, mangsa cedera di kepala dan tangan selain mengalami kerugian kira-kira RM15,000.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×