PORT DICKSON: Seorang lelaki yang positif dadah ditahan polis selepas dipercayai mencederakan teman wanitanya dan melakukan ugutan jenayah dalam kejadian di sini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan ke atas suspek lelaki tempatan berusia 27 tahun itu dilakukan selepas tular sebuah hantaran di Facebook lebih kurang pukul 12.15 tengah hari semalam. “Pemilik akaun itu memaklumkan suspek telah memukul seorang perempuan tempatan yang juga kakaknya dan…










