KUALA LUMPUR : Kejadian lif rosak di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, di sini semalam sehingga dua kanak-kanak terperangkap hampir 11 jam di dalamnya bukan kali pertama berlaku. Ibu kepada Faiq Adiwira,11, Fospaliza Md Sariff berkata, sepanjang 12 tahun menetap di pangsapuri itu sudah beberapa kali kejadian sama berlaku namun kepada orang dewasa. Wanita itu meluahkan rasa bersyukur anaknya selamat meskipun berada dalam keadaan lemah selepas terperangkap sejak pukul 2.15…