WASHINGTON: Calon Presiden dari Demokratik, Kamala Harris berhasrat untuk mengurangkan kos serta memperluaskan peluang untuk golongan pekerja dan kelas pertengahan Amerika jika dipilih pada November ini. Dalam ucapan pertamanya yang memfokuskan kepada dasar ekonomi, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menekankan mengenai pembinaan berjuta-juta rumah baharu dan bantuan untuk pembeli kali pertama, pelepasan cukai untuk keluarga serta larangan kenaikan harga barangan runcit. “Kita tahu ramai rakyat Amerika masih belum merasakan…










