Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel

Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel

KAMALA HARRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menegaskan tidak akan berhenti membekalkan senjata kepada Israel, meskipun terdapat gesaan daripada beberapa pihak dalam Parti Demokrat.

Calon Presiden Demokrat itu turut menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Israel, namun berusaha untuk memastikan gencatan senjata dalam konflik Gaza dicapai.

“Tidak, kita perlu mencapai persetujuan (gencatan senjata dan pembebasan tebusan),” kata Harris apabila ditanya sama ada beliau akan menghentikan penghantaran senjata kepada Israel.

Harris menyatakan pendirian itu dalam wawancara pertamanya dengan organisasi berita utama, CNN sejak menjadi calon presiden untuk Demokrat.

Dalam wawancara itu, Harris cuba menunjukkan penguasaannya terhadap isu-isu sedia ada dan memberi rakyat AS gambaran mengenai pendirian dasarnya menjelang pemilihan pada 5 November ini.

Pengasas Uncommitted National Movement, Abbas Alawieh, yang membantah dasar Biden, menyatakan kekecewaan terhadap respons Harris mengenai isu Gaza.

“Jika Naib Presiden berminat dengan gencatan senjata, dia mesti menyokong pemberhentian segera untuk menghantar senjata,” katanya.

Sejak menjadi calon Demokrat bulan lalu, nama Harris melonjak dalam tinjauan pendapat dan berjaya mengumumkan ratusan juta dolar dalam dana kempen.

Beliau mendahului Trump dengan 45 peratus berbanding 41 peratus dalam tinjauan Reuters/Ipsos yang diterbitkan pada Khamis, menunjukkan Harris mencetuskan semangat baharu dalam kalangan pengundi.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN